Kandungan Tahāfut Al-Falāsifah

Karya ini mempunyai 20 bab, setiap satu merupakan hujah Al-Ghazali untuk menyangkal falsafah Ibnu Sina.[1]

Beliau mendakwa yang Ibnu Sina dan para pengikutnya telah menyimpang dalam tujuh belas perkara (setiap satu dibincangkan dalam bab tersendiri, mendatangkan 17 bab) dan telah melakukan bidaah. Manakala, dalam tiga bab akhir beliau mendakwa mereka telah kufur. Antara hujah yang Al-Ghazali kemukakan terhadap mereka ialah mereka tidak dapat membuktikan kemustahilan adanya dua tuhan.

Berikut ialah kandungan utama ditumpukan dua puluh bab dalam karya ini:

  1. Menyangkal kepercayaan keazalian alam.
  2. Menyangkal kepercayaan keabadian alam.
  3. Mengemukakan perselisihan dalam penyataan mereka: Tuhan ialah pencipta alam dan alam ialah pencipta Tuhan.
  4. Kegagalan para filsuf untuk membuktikan kewujudan seorang Pencipta.
  5. Kegagalan para filsuf untuk membuktikan mustahil adanya dua tuhan.
  6. Penafian para filsuf atas sifat-sifat Allah.
  7. Menyangkal penyataan mereka: "diri yang Pertama tidak boleh dipisahkan kepada genus dan spesies".
  8. Menyangkal penyataan mereka: "yang Pertama ialah ciptaan yang bersifat sederhana tanpa intipati".
  9. Kegagalan para filsuf untuk buktikan bahawa yang Pertama bukannya berjasad.
  10. Membahaskan kepercayaan kebendaan mereka yang menyimpulkan Pencipta tidak wujud.
  11. Kegagalan para filsuf untuk buktikan bahawa yang Pertama kenal yang lain.
  12. Kegagalan para filsuf untuk buktikan bahawa yang Pertama tahu akan dirinya sendiri.
  13. Menyangkal kepercayaan bahawa yang Pertama tidak kenal Ciptaan lain.
  14. Menyangkal kepercayaan mereka yang menyatakan: "langit ialah suatu binatang yang bergerak atas kehendaknya sendiri".
  15. Menyangkal segala yang mereka katakan tentang sebab langit bergerak.
  16. Menyangkal kepercayaan mereka yang mengatakan jiwa-jiwa langit kenal Ciptaan.
  17. Menyangkal kepercayaan mereka yang hukum sebab akibat adalah sesuatu yang tetap.
  18. Menyangkal kenyataan mereka bahawa jiwa manusia ialah intisari yang kekal.
  19. Menyangkal kenyataan mereka bahawa jiwa manusia itu tidak akan musnah.
  20. Menyangkal penolakan mereka berkenaan hari kiamat dan nikmat syurga atau azab neraka yang akan mendatang.

Bidaah sesat

Antara kedua puluh perkara yang Al-Ghazali bincangkan, beliau mengecam tiga perkara yang beliau dakwa bukan sahaja bidaah malah murtad.[3]

  1. Teori keazalian alam. Al-Ghazali menulis bahawa Allah cipta dunia di dalam batas masa, dan seperti segala yang wujud masa juga akan tamat, namun yang kekal hanyalah Allah.
  2. Allah hanya tahu sifat ciptaan—iaitu bentuk daripada Teori Bentuk Plato.
  3. Kebangkitan jasad tidak akan berlaku di akhirat kelak, dan cuma roh sahaja akan dibangkitkan.

Fahaman ketentuan

Sengkarut Para Filsuf ada membincangkan tentang teori okasionalisme, atau fahaman di mana segala perkara yang terjadi adalah kerana kententuan Allah. Al-Ghazali berkata apabila api dan kapas bersentuh satu sama lain, kapas tersebut secara langsungnya dibakar oleh Allah dan tidaklah api. Beliau membela dakwaan tersebut menggunakan logik falsafah Islam.

Al-Ghazali menjelaskan oleh kerana Allah ditanggapkan bersifat rasional, perilaku-Nya untuk buat perkara berlaku secara tekal dapat difahamkan ialah hasil daripada hukum yang rasional, yang kita menggelar hukum alam. Namun, hukum ini bukanlah ditetapkan oleh alam tetapi oleh hukum yang Allah tetapkan untuk tadbirkan perilaku-Nya (yakni kemandiriannya)—senang kata, itulah kehendak-Nya yang munasabah.

Kosmologi dan Astronomi

Al-Ghazali membuahkan sokongan beliau ke atas pengkaedahan saintifik berasaskan pembuktian dan pengiraan, sementara juga membincangkan astronomi. Selepas menerangkan gerhana matahari dan bulan, beliau tulis:[4]

"Barang siapa yang sangka menafikan dan membahaskan teori sebegini adalah suatu kewajipan agama hanya akan memudaratkan dan melemahkan agama. Kerana perkara-perkara ini tertakluk kepada pembuktian, dari segi geometri biarpun pengiraan, yang akan melenyapkan keraguan."

Dalam hujah Al-Ghazali untuk membela kepercayaan Asy'ariyah bahawa alam semesta adalah terbatas lawan kepercayaan Aristoteles bahawa alam semesta adalah abadi, beliau mengajukan teori modal tentang alam semesta yang mungkin dapat wujud. Beliau bincangkan bahawa dunia ini ialah dunia yang terbaik berbanding semua dunia yang Allah dapat ciptakan, serta garis masa dan sejarah dunia berlainan. Teori alam semestanya mirip teori oleh Duns Scotus dalam abad ke-14. Akan tetapi, tiada bukti bahawa Al-Ghazali ada memberi pengaruh terhadap Scotus, kerana mereka berdua mungkin mendapat teori tersebut daripada membaca Metafisika Ibnu Sina.[5]